24 June 2017

Menu Iftar Minggu Keempat Ramadhan 2017

Menu 23 Ramadhan - 18 Jun 2017
- Suami belanja sambut hari lahir advance seminggu awal, kami berbuka di Hatten Hotel Melaka
- Pakej RM80++ seorang, jadi pilihan menu berbuka sangat banyak

Menu 24 Ramadhan - 19 Jun 2017
- Masak sambal daging berlada
- Sayur masak lemak kubis (uish, dah lama tak makan lauk ni, teringin sangat sampai sanggup cari kubis di Family Store)

Menu 25 Ramadhan - 20 Jun 2017
- Udang butter pedas
- Ikan selar bakar
- Brokoli dan bendi celur

Menu 26 Ramadhan - 21 Jun 2017
- Ulang masak udang butter pedas sebab tengok suami makan berselera, lagipun memang nak kosongkan bahan basah dalam fridge, nak balik kampung dah kan!
- Sambal ayam berlada
- Brokoli dan bendi celur

Menu 27 Ramadhan - 22 Jun 2017
- Berbuka di Restoren Terapung Ikan Bakar Umbai Melaka dengan semua staf Unit aku dan keluarga masing-masing. Aktiviti berbuka luar yang terakhir sebelum masing-masing bercuti raya dan akan berjumpa semula seminggu lepas raya, InshaAllah!
- Menu pelbagai; ada ikan, sotong, udang, ketam dan sayur. 

Menu 28 Ramadhan - 23 Jun 2017
- Berbuka dengan KFC Snack Plate dan Dinner Plate, dah malas nak kecah-kecahkan dapur, hehehe.....dah takde mood nak masak dan dah tak tahu apa nak masak dah hujung-hujung bulan puasa ni.

Menu 29 Ramadhan - 24 Jun 2017
- Dah sampai rumah mertua, sempat tolong kacau rendang di bawah pokok tepi rumah mertua.
- Menu berbuka; gulai tulang, rendang kering, ikan sambal berlado, daging masak kicap dan rendang berkuah (dapat pun bawa lari 2 mangkuk rendang yang masih berkuah...hehehe)
- On the way balik lalu Rembau, jumpa kedai tepi jalan jual kueh bakar tradisional bakar guna sabut kelapa, turun beli 3 biji kueh bakar....sedapnya!

- TAMAT -

23 June 2017

Ziarah Pusara Arwah Abah, Mak dan Nenek Sarah Sebelum Balik Raya

23 Jun 2017.

Sebelum bergerak balik ke Seremban, ajak suami ziarah pusara insan-insan tersayang; arwah Abah, Mak dan Nenek belah Mak. Rasa tak lengkap raya kalau tak jenguk mereka terlebih dahulu. Hanya doa sahaja yang dapat dititipkan kepada mereka semua. InshaAllah, esok jika berkesempatan nak ajak suami ziarah pusara arwah bapak mertua di Ampangan. 

22 June 2017

Selamat Hari Raya....Aku Raya Awal!


22 Jun 2017.

Selamat Hari Raya semua! Actually aku dah beraya awal hari ni, pukul 4.30 pagi terbangun nak buang air kecil, tengok-tengok dah kuyup dengan darah haid. Lahai, baru pasang impian nak berpuasa penuh tahun ni...nampak gaya kena ganti balik 3 hari puasa nanti. Nasib baik malam tadi dah siap-siap solat Isyak dan terawih dengan suami sebelum tidur. Huhuhu!

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah...dah terbukti teori penurunan berat badan membantu memperbaiki kitaran haid aku. Dari cycle period 85 hari, turun kepada 56 hari dan untuk cycle ini menjadi 35 hari sahaja. Ikutkan cycle terpendek aku pernah alami adalah sekitar 28 ke 32 hari sewaktu berat badan dalam linkungan 61- 70kg dulu. Semoga ada perubahan lebih positif selepas ini bila dapat capai berat badan dengan angka 6 di hadapan...amin ya rabbal alamin.

Untuk rekod:
Cycle 85 hari (Mac, 2017) : Berat badan sekitar 77.9 - 76.9kg
Cycle 56 hari (Mei, 2017) : Berat badan sekitar 75.9 - 73.4 kg
Cycle 35 hari (Jun 2017) : Berat badan sekitar 71.5 - 71.1kg

Jadinya, pagi tadi aku buatkan shake Herbalife untuk suami bersahur dan aku habiskan 1 liter air sambil temankan dia bersahur. Lepas tu terlelap balik sampai suami nak bersiap pergi kerja. Oh ya, aku dah start cuti dari hari ini sampai 2 Julai nanti....yeay!