21 October 2016

Kemaskini Kadar Zakat Pendapatan Bagi Tahun 2017

21 Oktober 2016.

Kisah throwback juga entri ini.
7 Oktober lepas aku ambil cuti rehat untuk ke Pusat Zakat Melaka bagi mengemaskini kadar potongan zakat pendapatan bagi tahun 2017. Boleh rujuk entri terdahulu tentang niat aku untuk mengemaskini kadar potongan setiap bulan Oktober setiap tahun untuk zakat pendapatan ini.


Ikutkan tahun ni potongan zakat aku sebanyak RM83.42 tapi telah dibundarkan kepada RM100. Semasa staf PZM kira untuk tahun 2017, kadar baru adalah RM102.79, tapi aku minta genapkan kepada RM120. InshaAllah, potongan kadar baru ini akan efektif dalam slip gaji Januari 2017 nanti.


No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)