02 December 2016

3rd Day 6th Anniversary : Bulan Madu di Pangkor


2 Disember 2016.

Hari Ketiga: 30 Oktober 2016

Bangun pagi hari ketiga, seperti biasa sediakan sarapan sendiri di tempat ruang memasak yang disediakan. Suami volunteer nak buat omelette dan goreng sosej. Caption kreatif atas bekas gula tu memang membuatkan aku tergelak kecil. Pagi itu kami bertuah dibelanja roti canai oleh owner guesthouse! 


Lepas tu, cepat-cepat tukar pakaian untuk berendam dalam kolam renang. Kami berendam hampir dua jam, sambil tu berselfie dengan menggunakan hp yang diletakkan dalam waterproof case. Berguna juga beli case ni.


Kami mengambil keputusan untuk buat aktiviti berkayak ke Pulau Giam. Kami tidak mengambil pakej snorkeling dengan peniaga di tepi Pantai Teluk Nipah sebab tahun lepas dah pernah buat. Sekali je cukup kot. 

Tapi.....haaa, ada tapinya!
Masa deal dengan budak yang sewakan kayak tu, kami diberikan kayak yang berwarna kuning tu, bukan kayak warna biru yang kami pernah gunakan tahun lepas. Sumpah, taubat tak nak naik lagi kayak jenis warna kuning tu. Bentuk fizikal kayak tu yang agak terdedah dan kami tidak diberikan tips untuk handle kayak seperti itu memang mimpi ngeri buat kami berdua.

Masa tu air laut dah naik, kayak beralun-alun dilanggar ombak. Memang nak menangis dibuatnya, rasa macam jauh je lagi nak sampai ke seberang pulau..pulak tu kami berdua mengalami krem kaki. Memang mencabar sungguh! Bila sampai ke Pulau Giam, kami berehat sekejap nak hilangkan lenguh kaki dan badan. Kami mengalas perut dengan makan maggi sambil berlegar-legar main di kaki air. Sempat la jugak kami pegang gamat yang ada kat tepi pantai, walaupun terasa geli bila gamat tu diletak atas tapak tangan.

Masa nak balik ke Pantai Teluk Nipah, sekali lagi berlaku insiden mengerunkan pada kami. Strategi yang kami gunakan kurang menjadi sebab kayak dimasuki banyak air dan kami dah keletihan berkayuh. Tiap kali kami nak naik atas kayak tu, kami terbalik hampir beberapa kali. Rasa macam dah gave up dah, kenapa dengan kayak ni? Suami panggil seorang budak beach boy yang ada berdekatan kami minta tolong....rupa-rupanya dia bagitahu yang kayak kami dah dimasuki air dan perlu diterbalikkan untuk keluarkan air laut. Hanya lepas itu, barulah kami berjaya naik semula ke atas kayak dan teruskan perjalanan ke tempat asal kedai kayak tu. Itu pun suami dah gave up sebab arus ombak dah tarik kami ke tengah laut balik dan kami dah betul-betul dah tak larat nak mengayuh.

Yang menyedihkan, suami tiup wisel pada jaket keselamatan untuk tarik perhatian orang di tepi pantai, tapi tak ada seorang pun yang peduli dan datang menolong. Memang betul-betul buat tak endah!! Aku cakap kat suami, kita cuba kayuh lagi supaya dapat hampir ke tepi pantai sebelum sama-sama terjun dalam air. Bila dah rasa macam konfiden boleh terjun, kami sama-sama terjun dan tarik kayak ke tepi pantai. Lepas tu kami biarkan kayak tu di situ dan berjalan kaki ke kedai untuk suruh mereka bawa balik sendiri kayak tu. Memang sumpah seranah berbakul-bakul dalam hati.

Serik memang serik tapi kalau ada kesempatan berkayak lagi lepas ni, memang kami tak nak naik kayak yang warna kuning tu! Kami akan minta kayak warna biru tu...huhuhu!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)